Sunday, December 21, 2014

Doa Pagi Isnin

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين.
والصلاة و السلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعي ن
.
Assalamualaikum.  Salam pagi isnin bersamaan 29 Safar 1436H minggu ke 52 2014. Muga amal ibadat kita diterima ilahi. Alhamdulillah atas nikmat tidak ternilai drpd Allah, semuga kita berusaha membalasnya dgn ketaatan dan hati dan bibir yg sentiasa memuji dan memuliakan keagunganNya - itulah sebagai salah satu tanda syukur kita kpdNya. Ya Rabb hanya yg boleh menyelesaikan pelbagai masaalah kami dan memberi kami segala kemudahan, Kau lemahlembutkanlah takdirMu ke atas kami. Walhamdulillah ameen. Have a good week!

Doa Hari Isnin

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, kami memohon restu n kasih sayangMu yg berkekalan dlm menjalankan tugas n kewajipan. Hindarkanlah kami dari mempunyai sifat-sifat lemah, malas n suka bertangguh-tangguh dlm menjalankan kewajipan.
Ya Allah, peliharalah kami n lindungilah kami dgn penuh ria'yah agar kami sentiasa dlm sihat sejahtera, aman bahagia selamanya. Kurniakanlah kami taufiq n hidayah agar kami sentiasa rajin berusaha utk kejayaan n kecemerlangan di dunia serta tekun n ta'at utk beribadah keranaMu sebagai habuan akhirat kami Ya Allah.
Ya Allah Ya Ghaffar, kami memohon keampunan dari segala dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami serta mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat n salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta para sahabatnya.  Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.

ُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Doa Pagi Isnin
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Yaa Allah Ya Rahman Ya Rahiim Ya Dzal Jalali Wal Ikram...
Yaa ALLAH berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkan-lah iman kami. Yaa ALLAH, kuatkan-lah agama kami dan Iman kami..

Yaa ALLAH, sekiranya kami keluar dari landasan`MU, berikanlah kami petunjuk`MU yang lurus dan yang haq.

Yaa ALLAH, semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkan
lah hati kami pada`MU.

Yaa ALLAH Ya Tuhan kami berikanlah Nurr cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan juga pendengaran kami.

Yaa ALLAH, tabahkan-lah, sabarkanlah sifat kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini.
Yaa ALLAH sesungguhnya hanya kepada`MU-lah kami berserah diri.

Yaa ALLAH, seandainya saatnya tiba, ENGKAU memanggil kami tuk kembali ke sisi`MU, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada`MU.

Yaa ALLAH segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepada`MU. Terimalah amalan kami hari ini dengan keridhaan`MU hanya ENGKAU-lah yang menilai semua perbuatan kami .

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

No comments:

Post a Comment