Sunday, November 16, 2014

Doa Hari Isnin

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين.
والصلاة و السلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعي ن

Assalamualaikum.  Salam pagi isnin bersamaan 24 Muharram 1436H minggu ke 47 2014. Muga amal ibadat kita diterima ilahi. Alhamdulillah atas nikmat tidak ternilai drpd Allah, semuga kita berusaha membalasnya dgn ketaatan dan hati dan bibir yg sentiasa memuji dan memuliakan keagunganNya - itulah sebagai salah satu tanda syukur kita kpdNya. Ya Rabb hanya yg boleh menyelesaikan pelbagai masaalah kami dan memberi kami segala kemudahan, Kau lemahlembutkanlah takdirMu ke atas kami. Walhamdulillah ameen. Have a good week!

Doa Hari Isnin

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, kami memohon restu n kasih sayangMu yg berkekalan dlm menjalankan tugas n kewajipan. Hindarkanlah kami dari mempunyai sifat-sifat lemah, malas n suka bertangguh-tangguh dlm menjalankan kewajipan.
Ya Allah, peliharalah kami n lindungilah kami dgn penuh ria'yah agar kami sentiasa dlm sihat sejahtera, aman bahagia selamanya. Kurniakanlah kami taufiq n hidayah agar kami sentiasa rajin berusaha utk kejayaan n kecemerlangan di dunia serta tekun n ta'at utk beribadah keranaMu sebagai habuan akhirat kami Ya Allah.
Ya Allah Ya Ghaffar, kami memohon keampunan dari segala dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami serta mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat n salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta para sahabatnya.  Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.

No comments:

Post a Comment