Monday, November 10, 2014

Doa Hari Selasa

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين.
والصلاة و السلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

Assalamualaikum. Salam pagi selasa bersamaan 18 Muharram 1436H. Muga mendapat rahmat dan di  terima Allah s.w.t.  Walhamdulillah. Semuga Allah menerima usaha kita dan amalan kita kebaikakn dan membantu org lain dalam kesusahan. Marilah kita pastikan quality nya. Ini bermakna kita kena berhati2 supaya ikhlas dan tidak ada  perasaan bermegah. Ya Rabb kami memohon ampun dan perlindungan Mu. In sya Allah. Walhamdulillah wa aameeen.

Doa hari Selasa

Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kpdMu keimanan yg sempurna, keyakinan yg sebenar ( bahawa tiada sesuatu yg akan menjadi milik kami melainkan apa yg telah Engkau tetapkan).          Ya Allah, kurniakanlah kpd kami ilmu yg berguna agar dpt kami membaiki diri serta memberi manfaat kpd keluarga n masyarakat setempat.
Ya Allah Ya Tuhan kami, lapangkanlah dada kami, tutupilah keburukan kami, tenteramkanlah hati kami agar kami sentiasa khusyu' beribadat kpdMu, dgn lidah yg tak kering selalu menyebut namaMu. Kurniakanlah kpd kami rezeki yg halal serta sifat pemurah agar kami terdorong utk berbakti kpd siapa yg memerlukannya.
Lindungilah kami drpd segala bencana, mala petaka, fitnah , khianat serta inaya drpa sumber yg nyata atau tersembunyi.
Ya Allah Ya Ghaffar, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat n salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli n para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.

No comments:

Post a Comment